Pages

Monday, November 21, 2011

First Snap UTHM 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama kali nak ucap tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah menjadi juara acara bola sepak Sukan Sea 2011.Malaysia tetap yang terbaik.Kali ni aku nak update pasal program first snap.Apa itu first snap?Okay biar aku terangkan.Program ni satu program yang telah dirangka oleh pihak kelab fotografi UTHM untuk semua ahli kelab dan seluruh pelajar UTHM dan juga orang luar yang berminat untuk mendalami ilmu fotografi.Kali ni penceramah yang dijemput adalah Abu Nikon dan juga A.r Lia .

Kedua2 penceramah ini merupakan orang lama yang mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam bidang foto.Abu Nikon merupakan orang kuat dalam produksi2 filem di Malaysia.Antara filem yang mendapat sentuhan beliau adalah Lagenda Budak Setan,Nur Kasih dan juga Karipap2 Cinta.A.r Lia pula merupakan tenaga pengajar di Akademi Nikon.Gabungan kedua2 photographer ini memang sangat diperlukan bagi memberi input terbaik kepada peserta.

Alhamdulillah,bermula 18hb november yang lalu,sehingga 20hb,program ini telah berlangsung dengan jayanya.Program ini telah disertai oleh lebih kurang 20 orang pelajar UTHM dan juga orang luar.Peserta kali ini bertuah kerana telah diajar daripada tahap basic hingga intermediate dengan yuran penyertaan hanya rm50 sahaja.Malah bagi yang tidak mempunyai kamera,mereka telah dibekalkan kamera setiap seorang.Peserta telah diajar dari segi manual kamera,komposisi,pencahayaan,dan juga penceritaan,

Sebanyak 4 sesi pembelajaran di dalam kelas,dan 2 sesi praktikal di luar kelas.Untuk sesi praktikal cls dan strobist,peserta telah dibawa ke dataran siswazah manakala untuk sesi outing,mereka telah dibawa ke Pantai Punggur.Malah selepas sesi outing itu,foto2 mereka telah dikomen dan dikritik oleh Abu Nikon dan A.r Lia untuk tujuan penambahbaikan.Menurut kata Abu Nikon,peserta kali ini telah menunjukkan peningkatan yang begitu baik walaupun hanya 3 hari belajar.

Kebanyakan daripada peserta tidak mempunyai kamera dan tidak pernah belajar tentang fotografi.Alhamdulillah,kini mereka sudah mempunyai basic dan ilmu yang kian bertambah.Diharap ilmu yang telah diberi akan digunakan dengan sebaiknya selepas ini.Kamera hanyalah sebagai medium,sedangkan idea dan kreativiti itulah yang harus digilap dan ditajamkan setiap masa.Insyaallah program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang.

Secara keseluruhannya,peserta amat berpuas hati terhadap program yang ini.Setinggi-tinggi peghargaan dari kelab fotografi uthm kepada kedua2 penceramah yang telah bersusah payah memberi input berguna kepada peserta.Tidak lupa kepada barisan ahli jawatankuasa yang telah bersusah payah menjayakan program ini.Dan akhir sekali kepada semua peserta,tahniah dan terima kasih.Ada masa kita bertemu lagi.Sekian,wassalam.






Terima Kasih