Pages

Saturday, April 21, 2012

Saturday, April 14, 2012

The Making Of Lagenda Budak Setan 3


by Tarantella Pictures



















Copyright © All Rights Reserved. 
Khairul Azkar Portrait & Wedding Photography

Monday, April 02, 2012

#TwtupKaseh 4.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lamanya blog ini tidak diupdate dengan entri berbentuk penulisan.Yang kerap hanyalah gambar-gambar tugasan perkahwinan sejak kebelakangan ini.Aku mengaku sejak kebelakangan ini aku amat sibuk dengan kerja sebagai seorang photographer,lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti sekolah,atau dikenali dengan musim mengawan.Masa itu aku merupakan orang yang akan sibuk untuk merakam saat-saat indah pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.

Baiklah kali ni aku nak bercerita tentang satu program yang sempat aku sertai minggu lalu iaitu program yang dinamakan #TwtupKaseh 4.0 bertempat di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah.Program ini merupakan satu program yang lebih bercorak kebajikan yang dianjurkan oleh komuniti dari laman sosial twitter.Sekali sekala apa salahnya turun padang bagi menyertai program amal sebegini.Ini merupakan kali pertama aku dapat turut serta walaupun ia sudah masuk kali keempat penganjuran.

Program ini bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.Kebanyakan masa yang ada diluangkan bersama anak-anak yang kurang kemampuan ini.Ternyata terukir indah senyuman di tiap wajah penghuni rumah itu tatkala menyambut kedatangan kami semua.Mereka agak mesra,walaupun ada segelintir yang bertindak agresif,tapi dengan sifat perikemanusiaan itu semua dapat diatasi.Mereka hanya mahu diberi sedikit perhatiaan dan masa untuk diluangkan bersama.

Pelbagai aktivit telah diadakan termasuk aktiviti mewarna,persembahan daripada volunteer,permainan,dan banyak lagi.Ternyata mereka sangat terhibur dengan layanan yang diberikan oleh pihak kami.Mereka juga turut diberikan hadiah sebagai penghibur hati mereka.Sebenarnya banyak shot menarik yang aku dapat,tapi atas sebab protokol aku tak upload kat facebook sebab sudah diberikan taklimat oleh pihak penganjur.Tapi bila aku tengok balik gambar-gambar tu,hati aku sendiri jadi sebak.

Aku selalu terfikir akan nasib mereka di situ.Dari segi pembelaan dan penjagaan mereka.Aku terfikir bagaimana perasaan mereka bila dewasa kelak.Mungkin saat itu mereka tersenyum gembira,tapi jauh di sudut hati mereka siapa yang tahu.Mungkin mereka masih terlalu kecil untuk memikirkan erti kehidupan.Tapi aku mampu mentafsir setiap raut wajah penghuni di situ yang penuh dengan duka.Mereka tidak berhak disalahkan.Bukan pinta mereka untuk jadi sebegitu.

Moga mereka terus diberikan kekuatan untuk terus hidup,Kami di sini akan terus berdoa untuk kalian.Moga kalian tabah.Moga sedikit sebanyak bantuan yang dihulur dapat meringankan beban kalian di sana.Aku bakal belajar banyak erti hidup dari kalian di sana.Aku tahan air mata malah aku beri senyuman untuk kalian.Aku bakal merindui kalian.Untuk gambar selebihnya,boleh lihat di link ini #TwtupKaseh 4.0.Salam ukhwah.From Twitterjaya With Love.






a picture is worth a thousand words