Entri kali ni aku nak coretkan pasal program berbuka puasa bersama junior samura weekend lepas.Program ni dah lama dirancang oleh pihak almuni,dan kebetulan aku free so dapatlah join.So aku gerak dari bangi bersama apan dan popo.Plan asal ada diesel,tapi dia tak dpt follow pagi tu sebab ada hal lain.Aku kena ke uthm dulu sebab ada urusan yang perlu diselesaikan.Kami gerak pagi jumaat dalam pukul 11 macam tu.Memang saja gerak awal in case ada apa2 berlaku.
Kami sampai parit raja dalam pukul 2.makan masa 3 jam jugak nak sampai sana.so lepas aku dah settlekan hal aku,dalam pukul 3.30 kami gerak ke muar.dah alang2 kat sana,kami sempat ambil jidan sekali sebab ada kosong kereta.sampai muar dah pukul 5 jugak.then lepak kat masjid mandi solat semua sementara nak tunggu kawan2 lain sampai sebab dah janji nak buka sama2 kat bentayan.dalam pukul 5.30 diesel sampai kat sekolah,so kitorang pun terus gerak ke sekolah.
Kat sana member2 lain semua dah tunggu.namak datang sorang,so diesel tumpang kereta namak.budak jb ada 2 kereta,then palam ada bawak kereta lagi.masuk aku dan namak ada 5 kereta.sampai kat bentayan,ada 1 kereta lagi dari bp.then budak muar,jim pun ada.tak lupa beto,pakman,dan takerk.memang havoc gila time tu.meriah habis.total aku rasa ada dalam 20 lebih yang join.lepas habis buka kitorang gerak ke masjid balik untuk solat maghrib dan terawikh.
Habis terawikh kitorang gerak ke rumah nenek kur2.malam tu kami semua stay situ.agak besar jugak dan boleh sumbat semua sekali kat situ.malam tu ada program futsal.memang dah rancang,so aku bawak sekali kasut futsal.memang pancit sebab dah lama tak main.main 2 jam dari pukul 11 sampai 1.habis tu terus lepak mamak sahur sekali,sebab tanak susahkan nenek dia nanti.lepak punya lama sampai pukul 4 baru balik rumah dan muka2 masing2 penat.balik2 terus mandi dan landing untuk tidur.
Pagi tu solat subuh berjemaah.Lepas tu membuta.Aku rasa rata2 bangun dalam pukul 10.Aku bangun pun sebab dengar bunyi bising budak2 ni petik rambutan kat bawah.Pukul 12 kak jr dengan abg hisyam dah bising tanya kami kat mana.patut kena kumpul pukul 12.30 untuk sesi taklimat,tapi kitorang sampai sekolah pukul 1.30.nasib baik ada zack.dia yang tolong briefing untuk kitorang.lepas tu kitorang solat jamak sekali then jalan2 pusing asrama.habis semua pelusuk asrama kitorang jelajah.
Nampaknya memang banyak dah berubah pasal aspura.mesin basuh dah bertambah.sekarang dah letak kat sunway.tv pun dah bubuh kat luar.siap flatscreen lagi.bilik pengawas dan naqib pun dah ada.untuk junior sekarang.tandas dan bilik study pun dah makin lawa.cuma dorm agak bersepah.tak tau macam mana dorang jaga.aku tengok life mereka tak sama macam zaman aku dulu.satu lagi dorang semua ni agak kurang friendly dengan kitorang masa mula2 sampai kat aspura.
Pukul 4.30,kami semua bersiap2 untuk majlis khatam al-quran kat surau.habis pukul 6.30,kami ke kantin untuk sesi taklimat program malamnya.malam tu kitorang kena handle program bersama pelajar.aku dapat kelas 4 cerdik.mula2 kitorang buka ringan2 kat sebelah dewan.lepas solat baru buka kat dm.dapat jugak rasa makan dm balik.terubat rindu.lepas tu semua siap2 untuk terawikh.habis tu dalam pukul 9.45.then semua siap untuk program seterusnya.
Topik yang diberi ialah persediaan untuk menjadi senior disebabkan aku handle form 4.seronok habis dorang bila kak jr bagi tajuk ni.so aku pun suruh dorang gerak ke astaka,kumpul kat sana.kak jr bagi masa sejam je patutnya.tapi macam tak cukup je sebab banyak benda nak share.tapi at least dapat jugak kongsi dengan adik2 semua.paling best dapat kelas yang sporting memang layan habis.dorang tak segan nak tanya dan bertukar2 cerita.aku pulak naik segan nak share.
Banyak benda aku notice dah berbeza.Kelas sekarang dah tak perlu streaming.Form 4 dengan form 5 stay kelas yang sama.top ranker sekarang pelajar cina.Cikgu2 pun ramai dah pindah.but yang paling ketara,dorang sekarang bertambah manja dan kurang berdikari.banyak benda dorang mengeluh kat aku terutama pasal study dan cikgu.but aku pun serba salah nak jawab.memang tak dinafikan ada jugak benarnya apa yang dorang cerita tu.tapi dorang tak boleh nak blame sesuka hati tanpa ada usaha lain.
Habis program malam tu,kitorang lepak kat luar.Malam tu ada stobi dengan didi.Aku rasa dorang je kot wakil batch 23.batch 25 ada robin sorang.malam tu aku tidur kat dorm pujeng 3.dorm aku sendiri.tidur kat katil femau.pagi tu ada qiam.tapi aku tak terbangun pulak.memang rasa sangat rugi.lepas subuh kitorang ada sesi riadah bersama junior.ada futsal dan jugak bola tampar.pukul 9.30 aku buat perjumpaan sekali lagi dengan budak 4 cerdik semalam.
So aku gerak balik bangi pukul 11..kali ni diesel follow sekali.tapi dia tumpang sampai seremban je sebab ada hal lain.and kitorang semua selamat sampai bangi pukul 1.30.alhamdulillah semuanya selamat.aku harap dapat jumpa lagi kawan2 samura balik.and aku bangga batch 24 paling ramai yg datang tak kira laki mahupun perempuan.tahniah kat korang.insyaallah ada masa aku nak join lagi program macam ni kalau ada kelapangan masa dan tenaga.sekian sahaja coretan aku untuk kali ini,wassalam.
ni gambar sunrise pagi2 lepas subuh hari ahad.ada jugak buah tangan dari samura.
11 comments:
wahh.. meriah
ramai gak yg pegi eh...batch lain camne? ramai gak ke?
@SuperHamzah : memang meriah habis
@Farhan Hanif : batch lain kurang.tak ramai.b25 robin je ada.
nice ! :)
nak join dah haritu tp cancel last min . sedih :(
ex student smksa ke? mcm kenal lah.. hehe..
@eyjalukman : next time ada peluang join la
@yad'z : yup
Dah berumur ye kita ni hehe.
btw really do miss samura :')
nak pergi tapi aduh .
jauh+cuti x de :(
@M. : tau xpe.haha
@Danial Izzat : xpe.klu ada rezeki join la lps ni
btw, kau jaga kelas adik aku that day :)
haha so they called you abg azkar? hahahaha XD
@M : yup.dia ada citer ke?btw ko spe eh?
Post a Comment