Pages

Tuesday, October 25, 2011

#OctTwtFest 2011

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Aku rasa mungkin agak terlewat sikit nak update pasal event terbesar warga Twitterjaya tahun ni yang berlangsung pada 22 Oktober 2011 lalu.Event ni berlangsung di Digi HQ Shah Alam.Aku pun tak ketinggalan untuk turut serta dalam event kali ini.OctTwtFest bermaksud October Tweet Up Festival yang merupakan acara tahunan bagi mengumpulkan semua pengguna twitter di Malaysia.Event ini pertama kali diadakan pada tahun lalu dan kali ini merupakan kali kedua dilangsungkan.

Bagi perjumpaan kali ini,event ini telah berhasrat untuk mengumpulkan seramai mungkin pengguna twitter untuk dicatatkan dalam Guiness World Records dan matlamat itu tercapai di mana seramai 2615 peserta telah berjaya direkodkan.Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh baca di blog official #OctTwtFest ni.Akhbar theStar juga ada membuat liputan mengenai event ini dan tidak lupa juga di laman GUA.com.Event ini berlangsung dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam.

So aku ke sampai di sana dalam pukul 4 petang sebab tersesat jalan.Puas pusing area situ nak cari kat mana Digi HQ tu.Lastly berjaya juga jumpa.Sampai sana terus daftar dan juga dapatkan baju yang sudah ditempah lebih awal.Semangat aku nak pakai baju tu.Ramai juga artis dan ahli politik yang hadir pada event kali ini.Macam2 acara yang ada seperti live perfomance,movie,karaoke dan macam2 lagi.Sempat jugaklah aku bergambar dengan mereka tu semua.Tapi tak semualah.

Niat aku sebenarnya nak jumpa kawan2 di twitter yang sebelum ni hanya kenal di twitter sahaja.Bila dah jumpa tu faham2 jelah.Memang meriah habis.Rasa macam dah kenal lama je padahal baru je first time jumpa.Ada yang sanggup datang dari jauh semata2 tak nak melepaskan peluang untuk bertemu dengan kawan2 mereka ni.Kebetulan minggu lepas aku takde hal,so dapatlah aku ke sana.But hari ahad tu aku ada program pulak kat port dickson.

Ni merupakan kali kedua aku join tweet up.Sebelum ni aku pernah attend TwtupRaya kat istana bambu ampang.Tapi masa tu tak ramai sangat yang datang berbanding kali ni.Dan mostly person yang aku nak jumpa    aku dapat jumpa dan bergambar dengan mereka.Contohnya seperti Annas Easkey,Altimet,Zahiril Adzim dan lain2 lagi.Seriously teringin nak pergi event macam ni lagi.Hope lepas ni ada lagi.And i will try my best untuk datang.

So esok cuti hari deepavali.Still takde perancangan apa2 since dah balik kat bp.Hujung minggu ni aku akan ke Unisel Bestari Jaya untuk workshop photography pertama aku.Doakan saya dapat buat yang terbaik untuk mereka.Rasa bertuah sebab dah dijemput untuk bagi talk walaupun baru berumur 21 tahun,dan mostly mereka sebaya dan lebih tua dari aku.Insyaallah i will try my best.Akhir kata,selamat bercuti dan selamat menyambut hari deepavali bagi mereka yang menyambutnya.

















Kalau nak tengok gambar lagi banyak boleh tengok album ni kat facebook aku #OctTwtFest

No comments: