Pages

Sunday, October 30, 2011

Photography Workshop For Specialize Industrial Multimedia Subject

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hai semua.Selamat berhujung minggu.Hari ni aku nak story pasal satu event terpenting dalam sejarah seni aku.Ini merupakan satu lagi anjakan paradigma dalam perjuangan seni fotografi aku.Aku berasa sangat bertuah kerana dijemput untuk menjadi moderator untuk program photography workshop for specialize industrial multimedia subject oleh pelajar tahun akhir diploma multimedia unisel bestari jaya.Pada mulanya aku telah dijemput melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan facebook iaitu Siti Fatimah .

Sebenarnya pada perancangan asal,aku memang tak dapat nak tunaikan hasrat mereka semua ni.Sebab aku pun ada organise kelas basic photography dengan Abu Nikon pada 28,29,dan 30hb iaitu minggu ni.Tapi selepas berbincang semula semasa Perhimpunan Belalang Semalaysia pada minggu lepas,program tu terpaksa ditunda pada 18,19 dan 20hb november atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.So akhirnya dapat jugaklah aku confrimkan kehadiran aku untuk program mereka.

So semalam sampailah aku kat sana.Agak jauh jugak perjalanan nak ke unisel ni.Tapi tempat dia boleh tahan lawa dari pandangan aku sepanjang perjalanan ke sana.Banyak spot2 outdoor yang boleh dicuba.Program tu mula pukul 9.Terbahagi kepada 4 sesi,phototalk,indoor practical,outdoor practical dan sesi review&editing.Aku just boleh banyak tolong kat basic kamera jelah sebab aku pun tak mahir sangat nak ajar editing sebab aku bukanlah jenis yang mengedit gambar sangat.

Mostly peserta yang hadir dah pandai nak guna kamera masing2.Dari yang tak tau pape tu aku tengok dah boleh setting manual.Dah pandai nak compose gambar.Dah dapat ilmu tentang komposisi sikit2 walaupun tak banyak.Lecturer yang mengajar pun terkejut sebab tengok aku macam muda sangat padahal memang muda.Almost sebaya dengan student dia.But dia kagum dengan kebolehan aku untuk terima cabaran ni dalam usia yang masih muda.

Insyaallah kalau diberi peluang lagi untuk ke sana,aku akan sampai lagi.Semoga ilmu yang aku ajar tu dapat digunakan dengan sebaiknya walaupun tidak banyak.Dan kepada pihak student unisel,aku nak ucapkan terima kasih sebab beri peluang ni dan bagi kerjasama yang begitu baik sepanjang program tersebut..Kat bawah ni ada gambar2 yang disnap oleh kawan aku, Aqwa yang banyak tolong aku untuk sampai ke sana dan jugak cikgu Abas Hassan yang sudi bagi kebenaran untuk guna modul dia.Jasamu akan ku kenang.Wassalam.






Kalau nak tengok lagi gambar,boleh tengok kat sini 

3 comments:

CiK GorGeouS ! said...

pergh !!! KA hebak ah !! aku tunang, kawen, beranak penak nanti, siLa jadi photog akuee yee...bhahahah~

Khairul Azkar™ said...

insyaallah CG kalau ada rezeki nnt aku akan tolong

Photografer Duniaku..... said...

good job... belajar dari pengalaman bro... jadikan teladan apa yg telah berlaku pada masa lalu, kerana itu adalah bukti bahawa kita merangkak, bangun jatuh dan baru berjalan seterusnya berlari....